Hari ini adalah saat yang penuh mendebarkan bagi saya apabila menemankan suami tersayang mengambil ujian motor. Rasanya macam tak sanggup melihat suami tersayang jika terkandas semasa melintasi titian yang penuh dengan cabaran dan ditempat yang memerlukan berhenti secara mengejut yang menandakan adanya brek kecemasan. Alhamdulillah...... akhirnya segala kebimbangan dan kerisauan bertukar menjadi saat yang penuh mengembirakan apabila suami tersayang berjaya mengatasi kedua-dua halangan tersebut. Abangku akhirnya berjaya dan lulus penuh dalam ujian tersebut.

Alhamdulillah syukur pada ALLAH kerana dengan izin dan berkat dariNYA suami tersayang lulus juga akhirnya..........
Syukur Al hamdulillah akhirnya Blog ini berjaya dihasilkan pada tarikh 27.11.2010 pada jam 6.50 petang. Ini adalah blog pertama yang saya hasilkan sendiri untuk mencatat aktiviti harian.