Salam maal hijrah 1432H
doa akhir tahun Salam Maal Hijrah 1432H
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Salam, hari Isnin bersamaan 29 Zulhijjah 1431H, hari ni merupakan hari terakhir kita dalam tahun ini dan esok adalah Awal Muharram 1432H bulan pertama dalam tahun islam.Kita digalakkan agar membaca doa akhir tahundan doa awal tahun.Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan-NYA.Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.

doa awal tahun Salam Maal Hijrah 1432H


Doa Awal Tahun  dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

0 ulasan:

Catat Ulasan